Wednesday, April 11, 2012





Hubungi saya Khairul 0192698757 atau Hapizah 0129088757
Authorize Dealer GCP (AD2536)

Terima Kasih
motivasi utk merubah hidup......
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
Baca jika anda serius dengan hidup anda & share:
Hidup anda adalah pilihan anda! Its totally up to your decision today.... Hidup anda hari ni adalah hasil daripada tindakan anda yang lepas.... Hidup anda akan datang sangat bergantung kpd tindakan anda hari ini! Saya seorang yang rajin usaha utk berjaya dan saya per...cay...a ramai di luar sana yang macam tu ttp masalahnya macam-macam usaha yang pernah dibuat ttp tak berubah hidup malah lagi teruk. Malah dulu saya adalah orang yang selalu "melanggar dinding", buat banyak kesilapan dalam kerjaya, perniagaan dan kewangan beberapa tahun dahulu dan tidak mempunyai mentor (sebab ego), tidak ada ilmu (kerana malas nak belajar dan kedekut belanja untuk ilmu serta tidak nampak betapa pentingnya ilmu di dlm meningkatkan kualiti hidup seseorang), tidak ada sistem/ strategi yg berjaya kerana tak nak belajar dari mereka yg berjaya (ingat dah pandai)..... Hari ni, bila saya berkongsi ilmu dan pengalaman saya, ramai yang gunakannya dan alhamdulillah berjaya merubah hidup mereka dalam masa yang pantas, ada juga yang masih terhegeh-hegeh buat tindakan, ada juga yang masih "buta hati" walaupun ilmu yang diberi dalam kelas yang percuma sekalipun sebenarnya adalah sangat mahal nilainya dan hasilnya jika digunakan serta merta.... Mereka yang tidak ikhlas dalam menuntut ilmu dan berburuk sangka dgn guru adalah biasanya anak murid yang akan ambil banyak masa untuk transformasi hidup mereka (Itu kata-kata arwah mursyid saya). Hidup anda adalah pilihan anda....ada org sanggup bersusah hari ni untuk menuntut ilmu dan merubah hidup supaya mereka boleh senang selama-lamanya ttp ramainya tak macam tu. Mereka lebih suka meratapi kesusahan mereka dan menangis kesedihan tepi longkang dan menyalahkan orang lain daripada bertindak merubahnya! Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri! - DAO, Nagoya, Japan-